Friday, October 31, 2008

REVIEW: Dakapan Kasih By Ara Suhara



"Wasiat itu adalah satu amanah. Salah akukah andai pengorbanan suci ini dilakukan demi menunaikan sebuah amanah? Aku rela diri ini dibenci dan dicaci asal niat murniku tidak disalah erti. Namun, mengapa kebencian itu bagai tiada noktah ? Mengapa tulus kasihku ini tidak disambut mesra? Aku akui hakikat kehidupan, tidak semua kebaikan dipandang penuh kesucian & tidak semua kebencian akan berakhir dengan perpisahan. Kerana aku yakin DAKAPAN KASIH ku ini bisa membuka mata mereka & meyakini bahawa tulus kasihku ini bukanlah satu paksaan….." ..... Irene Darvina


Irene Darvina, satu nama yang indah, memiliki peribadi sempurna meski cinta hatinya telah dibawa pergi. Keakraban kasih sayang antara kakak & adik melengkapkan keluarganya meski tidak punya ibu & ayah. Dunianya tidak terasa sepi walau lelaki yg dicintai itu sudah lama pergi. Cintanya disimpan rapi, ditempatkan dalam hati tanpa seorang pun sedar bahawa perpisahan itu memang menyakitkan.


Takdir Tuhan menentukan bahawa jodohnya bertemu dengan lelaki berusia yg merupakan majikannya. Malah mereka bersatu atas wasiat arwah sang isteri.Perkahwinan tanpa restu keluarga memang selalu mengundang dugaan. Satu persatu dugaan & cabaran yg dilalui Irene Darvinna. Sikap anak2 tiri yg enggan menerima kehadirannya. Meski berdepan dgn 1001 masalah, dia tetap bersabar & menangani masalah berat dengan hati yg terbuka. Baginya kesabaran yg dipupuk pasti akan berbaloi suatu hari nanti. Resah gelisah jiwanya menahan rasa bila sang teruna yg menagih cinta adalah seorang anak tiri. Bukan silapnya bila sang teruna begitu berani meluahkan segala rasa hati hingga ada insan lain yang sakit hati hingga menimbulkan rasa dendam tidak berbelah bahagi.


Tiada jalan penyelesaian bisa ditemui bila suami sendiri menutup pintu hati untuk mendengar sebuah penjelasan. Hinakah aku untuk terus berada disisinya setelah fitnah itu mula mengaburi mata?......

Alzran Mirzan,….. suamiku, sekali hati ini memberi cinta, selama itu aku akan terus setia. Bukan harta yg menjadi ukuran, tetapi cintamu yg kudamba!


Ayreil Eiszacwan…. bukan silapku menjadi isteri ayahmu, tetapi inilah hakikat yg perlu kita terima. Cinta, kasih & sayang lahir dari hati bukan paksaan atau kebendaan semata.


Iris Leona & Leia Ixora…. ibu tidak ingin mengambil tempat mama kandung kalian, tetapi izinkan ibu mencurahkan kasih yg tidak bertepi ini. Hadirnya ibu untuk melengkapkan kehidupan kalian serta menghilangkan rasa rindu terhadap mama kalian.


Armand….. telah ku simpan segala kenangan cinta kita disudut hati yang terindah. Meski cinta kita tidak bisa bersatu, hati ini masih terus ingin berbicara & meluahkan segalanya kepadamu.


Selamilah rasa hati seorang Irene Darvina di dalam DAKAPAN KASIH, hasil karya EBRIZA AMINNUDIN.

KATAKU :-

EBRIZA AMINNUDIN kukenali melalui karya Hanya Dikau (HD). Aku suka membaca HD krn plot cerita yg begitu santai, bahasa yg senang difahami & selamba. Selepas membaca HD, aku mula mencari karya2 lain nukilan Ebriza. Melalui karya2 nya aku tahu dia ni seorang yg sukakan cabaran & kuat semangat. Mungkin melalui pengalaman pahit & manisnya sebagai penulis, lahirlah DAKAPAN KASIH (DK) utk peminat2nya.


DK berkisarkan kisah kekeluargaan. Hubungan kasih sayang antara keluarga, rasa benci, dendam dan sakit hati sesama insan. Irene Darvina digambarkan sebagai seorang yg jujur & amanah. Bermula dari rasa tanggungjawab terhadap isteri majikannya (Puan Zuqisti), membuatkan dia sangup mengorbankan perasaan sendiri demi memastikan Puan Zuqisti “pergi” dengan tenang. Pastinya sebagai seorang wanita, dia bisa menyelami rasa hati seorang ibu yg berat hati untuk meninggalkan anak2 tanpa kasih sayang sewajarnya. Tabahnya seorang Irene Darvina bila sanggup dibuang keluarga demi menyempurnakan wasiat terakhir Puan Zuqisti. Berbagai peristiwa yg berlaku yg pastinya mencabar kesabaran sebagai seorang ibu tiri yg muda, tetapi segalanya cuba ditangani dengan begitu sempurna. Hinggakan dia sanggup menahan hati dek kerana nak melayan anak tiri bujang yg sebenarnya menyimpan rasa cinta terhadapnya. Hinggakan tanpa Irene sedari ada diva perasan yg begitu mencemburui dirinya & telah menabur fitnah hingga dia diusir dari rumah agam itu….


Hanya pada Armand tempat dia mengadu. Nak tahu siapa Armand, kenalah baca DK…… Kemudian, ada babak lari gak mcm dlm HD tau…. Hah, kali ni heroin lari jauh nun ke sanaaaaaaaaaa…. Kemana?.... Bacalah DK sampai habis ye…..


Aku rasakan Ebriza telah berjaya menghasilkan karya yg begitu menyentuh rasa. Keberaniannya menimbulkan isu anak tiri jatuh cinta dgn ibu tiri adalah satu keberanian yg tidak dpt disangkal lagi. Aku yakin, byk lagi karya2 menarik darinya akan terhasil berkat usahanya yg tidak pernah padam utk menyinari dunia penulisan kreatif di Malaysia ni !!.... Fuyooooooooooo….


Sebelum terlupa, lagi satu yg aku nak bagitahu tentang Ebriza ni,... hehehe... nama2 watak dlm karya dia memang panjang meleleh. Dah la panjang, terbelit lidah nak sebut.... tapi, nama2 tu memang sedap... Sesaper yg x de idea nak bagi nama anak, bolehlah amik nama2 watak tu.... (make sure minta izin dr Cik Ebriza kita ye...)!

Tahniah untuk Ebriza!!!......

No comments: