Sunday, February 10, 2008

Hanya Dikau By Adhan



SINOPSIS DIOLAH OLEH ADHAN :

Peristiwa pahit di hari pernikahan membuatkan Ira Fashua tidak mempercayai lelaki..baginya lelaki semua sama, sama seperti bekas tunangnya. Namun pertemuan Ira Fashua dengan Erze Zullis mengubah segalanya. Ira Fashua dan Erze Zullis bermusuhan lantaran tragedy yang berlaku semasa Ira Fashua menjemput sepupunya di lapangan terbang dan juga peristiwa semasa perkahwinan sepupunya itu.

Kataku:
`Bagi aku Hanya Dikau (HD) lebih baik dari novel Kau Yang Tak Mengerti. Mungkin penulis telah membuat homework dan mengambil pengajaran dari apa yang berlaku ketika beliau menulis KYTM. Pada aku, penulis semakin bijak untuk mengolah cerita yang penuh dengan konflik. Konflik yang diciptakan antara Ira Fashua dan Erze Zullis mampu membuatkan aku untuk terus setia membaca sehingga ke muka surat terakhir.


`Cerita logic tapi masa part Ira dan Erze bergaduh masa persandingan Riana dan Ilham tu macam kureng je..mereka bergaduh seolah-olah takde orang disekeliling…hanya ada cameraman…sepatutnya buatlah yang ada orang menegur mereka bertelagah tu..ini pengantin je yang tegur.. lagi satu je, selalu dalam novel orang guna nama yang ringkas tapi HD menggunakan nama yang panjang…dua nama..jadi masa baca tu macam tak best je..kena sebut nama panjang-panjang..mungkin penulis memang suka nama panjang-panjang…


`Apa pun, aku geram dengan Erze dan juga Ira…angin je..pantang silap sikit..Cuma aku macam terkilan sebab masa Ira luahkan masalah dia pada Zaila dan Riana, diaorang tak sokong dia..memanglah Ira buat salah sebab abaikan tanggungjawab terhadap suami tapi aku rasa, sebagai teman dan sepupu, sekurang-kurangnya Zaila dan Riana tu bagilah sokongan pada Ira..ini bagi nasihat macam semuanya Ira yang salah…



`Apa pun, HD adalah sebuah cerita menarik dan antara novel menarik yang dikeluarkan oleh Buku Prima.


JAWAPAN PENULIS ASAL KEPADA KEMUSYIKILAN PENGKRTIK INI :


1. Pergaduhan Ira Dan Erze semasa persandingan Riana dan Ilham bukannya tak nak buat orang ramai tegur tetapi jika pelamin dan tempat orang makan agak jauh, rasanya macam kurang sesuai jika tiba-tiba ada orang yang nak naik atas pelamin dan tegur sedangkan mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku atas pentas. Mereka mungkin boleh berbisik sesama sendiri tapi utk tegur … rasa macam tak kena.

2. Menggunakan nama yang panjang (Dua Nama) dan pelik adalah trademark saya. Setiap penulis mempunyai trademarknya yang tersendiri.Terpulang jika ada yang tidak menyukainya. Tapi ini tidak bermakna saya tidak suka menggunakan nama yang ringkas, ikut dalam senarai nama yang telah saya susunkan. (Senarai nama penting tau sebab tak nak terulang dua kali nama yang sama dalam novel yang berlainan. Kalau ada pun mungkin secara tak sengaja.)

3. Sengaja buat Zaila dan Riana tidak menyokong Ira Fashua kerana mereka sudah terlalu letih hendak melayani kerenah Ira Fashua yang terlalu ego terhadap suaminya. Mereka ingin Ira Fashua sendiri sedar tentang kesilapan yang dia sendiri lakukan. Maaf jika ia tidak menepati kehendak jiwa awak.

Walau apa pun, terima kasih sekali lagi kerana telah menyedarkan kesilapan kecil yang mungkin tidak saya sedari. Karya ini telah saya hasilkan sebaik sahaja selepas KYTM saya hantar ke penerbitan dan sebelum awak memberi komen terhadap sebarang karya saya. Namun, kritikan awak terhadap KYTM telah membuat saya lebih berhati2 dalam berkarya walaupun saya tidak dapat memuaskan hati semua orang dan apabila saya berkarya, pasti saya akan terbayangkan komen yang akan awak beri membuatkan saya lebih meneliti hasil yang telah saya olahkan. Sekurang-kurangnya, awak adalah sumber inspirasi saya ke arah menghasilkan karya yang lebih berkualiti. Terima kasih Adhan atas apa yang telah awak lakukan pada saya. Untuk pengetahuan semua, HANYA DIKAU adalah cara saya mula2 berkarya ketika menceburi diri dalam bidang pernovelan. Jika ramai yang menggemari cara yang sebegini, mungkin akan saya kekalkan ia.

No comments: