Sunday, February 10, 2008

AKu Cinta Kamu By Pu3ChempakaBiru

DENDAM SEORANG PEREMPUAN

Dendam Qesteen membuatkan Ezzy terus memburu cinta yang masih betah di hatinya. Menanarkan perasaan Zairil akan hembusan asmara cinta yang kian bergelora. Namun siapa dapat menduga, tsunami yang pernah mereka hadiahkan telah merobek luka yang dalam pada sekeping hati membuatkan Marsya Qistina nekad meneruskan permainan di gelanggang cinta duka insan bergelar LELAKI. Biar mereka rasa betapa hangatnya bahang yang bisa membakar... biar mereka penasaran dalam cinta yang sukar di gapai.


"Dalam kamus hidup aku, tak ada perkataan putusasa untuk berjumpa gadis selincah Qisteen. Lautan api pun sanggup aku renangi."

'Memang benar apa yang kau duga Ezzy. Yang terlahir dari bibirku tidak pernah seiring dengan apa yang terpendam di dalam hati. Selagi korang tidak terkena bahana api dari semarak cintaku, selagi itu aku tak akan puas. Dan kau Zairil, akan ku pastikan kau bakal terkena sumpah seranah cinta Masya Qistina'




Plot yang digarap begitu bersahaja membawak kita turut sama merasakan betapa sakitnya hati bila cinta yang diberi sengaja dikhianati angkara paras rupa yang sentiasa menjadi raja dalam sebuah perhubungan. Apa yang dilakukan oleh Masya Qistina harus dipuji. Keberaniaannya yang nekad membuatkan dia semakin kuat untuk menyedarkan LELAKI Si Arjuna Cinta yang sentiasa beranggapan cinta boleh diperolehi dengan mudah dan mudah juga untuk menodai keikhlasan dan kesucian sekeping hati yang dipersembahkan. Cinta seorang perempuan sering mereka jadikan barang pertaruhan untuk memperlihatkan keegoaan dan kejaguhan di arena ciptaan mereka sendiri. Tapi mereka seakan terlupa tidak semua perempuan boleh diperlekehkan. Tidak semua perempuan akan melutut hanya untuk meraih cinta yang entah di mana keikhlasannya malah tidak mungkin lelaki jua bisa jatuh tersungkur dibakar api cinta seorang wanita hingga tidak lagi memperdulikan keegoaan yang selama ini diangungkan. Namun fitrah hati seorang perempuan tidak mampu menolak keindahan cinta pertama yang terus bertahta disinggahsana hati. Sesekali Masya Qistina juga lemas dilambung ombak perasaan yang menghayutkan dirinya di lautan rindu yang tidak bertepian. Teringatkan cinta pertamanya yang seakan sengaja dipersendakan, membuatkan dia rela berenang menentang gelombang rindu yang semakin menyakitkan. Namun dia tetap tega selagi dendam dan azamnya belum bertemu pada nokhtah kepuasan.

"Kau jantan yang tak tahu malu. Menagih cinta dari orang yang tak sudi."


"Oh! Berlagak kau sekarang ni yer. Aku tak akan lepaskan kau selagi kau tak mengakui yang kau cintakan aku."


Sekeras manapun ego seorang perempuan, seluka mana pun hati yang pernah dirobek, pasti akan terusik bila kejujuran dan keikhlasan cinta dipersembahkan dengan sepenuh jiwa. Bagaikan kunci azimat yang membuka pintu hati yang telah lama tertutup, bagaikan penawar yang menyembuhkan segala kelukaan dan kedukaan yang pernah dirasakan, begitulah yang dirasakan oleh Masya Qistina bila cinta pertamanya kembali berputuk lantas bercambah merimbun di taman hati bila jejaka yang pernah mempersendakan cintanya kembali membawa dirinya dalam dakapan kasih yang tidak mungkin terlerai lagi makan... aku harus mengakui bahawa AKU CINTA KAMU.......



***** Komen aku:


Rasanya tiap perempuan patut baca novel ni terutama yang pernah gagal dalam cinta atau dengan lebih tepat cinta dipersendakan oleh kaum ADAM... [kadangkala depa fikir depa tu baguih sangat.... depa aje yang ada perasaan... kita ni tarak.... ] dalam novel ni kita akan disuntik dengan satu semangat baru... satu kesedaran bahawa hidup tidak akan berakhir walaupun cinta dikhianati oleh orang yang kita sayangi... perwajakan diri.. jitukan semangat.... buktikan bahawa kita juga boleh bangun dan berjaya mengheret kaum ADAM pada sebuah pemburuan yang akan melemaskan mereka....


Aku beri komen sebegini bukan kerana aku kenal penulisnya... tapi kerana apa yang diselitkan dalam garapan bersahaja sebuah novel. Orang kata... kalau kita nak kenal penulisnya, maka bacalah nukilannya... [namun aku membaca bukan kerana aku kenal penulisnya, tapi kerana aku nak tahu apa message yang terselit disebalik kisah yang dipaparkan oleh seseorang itu] tapi tak semudah itu.... permainan kata dalam kreativiti terkadang jauh tersasar dari reality sebenar seseorang itu.... namun aku tak nafikan mungkin ada terselit pengalaman yang dilalui sendiri oleh penulis itu bagi mencantikan renda tarian ilhamnya... seperti Dua Puluh Lapan haribulan FEBRUARY.... ahaks.....
Well.... siapa penulis novel ini... jeng... jeng... jeng..... penulisnya adalah Ebriza my HOneyBanny... tahniah sayang.... seronok sesangat membacanya......

No comments: