Sunday, February 10, 2008

Aku Cinta Kamu By Mama Erra

Kisah cinta yang terjadi antara Dalinda, Damien dan Nirul Nizam tidaklah semudah yang disangka jalan penyelesaiannya. Antara Damien & Nirul Nizam tidak mahu mengalah dan masih memburu sekeping hati milik Dalinda. Lantaran itu Dalinda terkapai di ambang kemelut, tak berdaya menyingkirkan cinta abadi kedua-dua pemuda yang berebutkannya. Mampukah dalinda menyingkir salah seorang dari mereka? Siapa yang berjaya menawan hati Dalinda sehingga ke gerbang perkahwinan? Dan apakah sebenarnya kata hati Dalinda....


Semasa membaca novel ini, aku teringat akan satu cerita... rupa2 ia adalah susulan dari novel Dambaan Pilu.... *aku pernah baca novel ni, macam ingat-ingat lupa jalan ceritanya dan aku tak perasan pula yang Dambaan Pilu tu novel Ebriza... main baca aje masa tu* Seronok juga sekali sekala membaca novel remaja yang ringan dan santai ni... Semasa membaca novel ni maka terimbaslah kembali masa zaman-zaman aku di kolej dulu. Memang tidak dinafikan, banyak kenangan pahit dan manis dilalui pada masa itu. Apa yang dilalui oleh Dalinda, Damien dan Nirul Nizam ni memang biasa terjadi, maklum sajalah... baru saja memasuki alam kedewasaan. Darah muda tengah bergelora... faham-faham sajalah.

TINTA PENULIS ASAL …

Julung-julung kalinya Novel APA KATA HATI direview oleh seseorang dan orang itulah adalah MAMA ERRA. Terima kasih. Novel ini memang merupakan kesinambungan daripada Dambaaan Pilu dan disambung sebanyak dua siri lagi iaitu DAMIEN & TANGISAN DALAM KERINDUAN. Novel ini merupakan hasil karya pertama aku dan diterbitkan oleh GHOSWRITER (Dibawah naungan AHADIAT AKASHAH) pada tahun 2004.

Bagi golongan pengreview yang professional, mungkin keempat-empat novel ini terdapat banyak kelemahannya namun tidak boleh salahkan aku 100% kerana novel-novel ini merupakan hasil karya yang pertama kali aku siapkan. Memang ramai yang memberikan aku komen setelah membacanya, aku terima dengan hati yang terbuka dan cuba mempelbagaikan genre penulisan aku mengikut peredaran usia.

Siri Dambaan Pilu ini menjadi kegemaran anak-anak remaja dan begitu popular sekali pada tahun berkenaan tetapi kehadiran aku dalam industri ini masih belum kuat & kukuh, sebab itulah ramai yang tidak sedar akan wujudnya seorang lagi penulis dari Utara. Terima Kasih kepada semua Pengreview dan Pengkritik kerana sudi memberi komen anda untuk setiap novel aku.

No comments: